December 19, 2013

CYNOTIC SPELL?

salam,
hari ini saya nak share dengan korang tentang perkara ini.
pada zaman moden ini perasan tak, sanagt banyak penyakit2 moden,
so anak aku pon tak terkecuali terkene tempiasnye.
ni kisah baby girl aku yang berusia 11 bulan itu.
for the first time, its happen im so BLUR, SCARE & just xtaw nak buat ape 
even i know the basic of CPR/ DR.ABC and so on.
huh.....cam ni cynotic spell ini bukan la penyakit tapi keadaan di mana 
oksigen dalam darah tidak cukup, that may cause blue in her lips, mouth, 
but on hand and kaki aku xperasan la..sebab time tu kompom aku tengah 
gelabah gile sampai ketaq habis lutut ni.




#kejadian pertama
semasa itu, aku berada di rumah dalam berlaku bulan 9
qaseh nangis then aku bangun  and buatkan die susu.
ketika itu, die dok main atas lantai tibe2 aku dengar die nagis kuat jugak tp
xsampai beberapa saat aku pon pergi kepada die, dan aku tgk die diam, lembik, & cam x bernafas.
aku takut, aku jerit2 paggil sume yang kt rumah.
aku xmampu buat ape sbb cemas hanya jolok mulut die sbb aku ingat die choking,
then xde benda plak, cepat2 aku angkat die jerit2 panggil die sambil tepuk2 belakang die.
ya allah, time tu aku ingat aku xdpt jumpa anak aku lg.
dalam seminit, baru die cam bernafas, tp badan still lembik and merenggek2.
syukur, tapi pastu die okey cam biasa. siap main2 lagi.
so aku ingat biase jer, aku langsung xbawa pergi ke klinik.

#kejadian kedua
masa itu, aku baru lepas mandi then mase tgh pkai bju aku terdengar suara
qaseh menangis.. aku biar je la sbb mak aku ngah boh die dalam buaian.
then, tibe2 mak aku jerit paggil aku kuat2, 
pastu masa aku dtg tgk die diam cam kali pertama. 
mase tu husband aku kt rumah, then aku jerit panggil die.
aku takut sangat, pastu husband aku amik qaseh tepuk2 belakang die n paggil die kuat2.
ya allah, aku benar2 buntu knp jadi cam tu.
dalam keadaan takut tu aku kuat kan diri pergi peluk die kuat2, and paggil2 die.
ya allah jgn uji aku cam ini, sbb aku xkuat utk tgk anak aku sakit.
after that, she oke cam dulu gak boleh main & gelak. just on that time je die jadi cam
tak bernyawa.

#kejadian ketiga
masa ini berlaku aku tiada di rumah,
hanya mak aku di rumah.
ya allah..betapa risaunya aku bile maka ku yang
ade darah tinggi tu terpakse handle kejadian cam ni.
mak aku xtelefon aku lgsung, malam tu baru bgtaw aku.
okey kali ini aku nekad pergi hospital & jumpa pakar terus.
okey, setelah check & scan jantung.
anak aku normal & xsakit ape2. tapi dieorang just can name it as * cynotic spell*
and advice aku supaya jangan bg anak aku nagis kuat2 or lama, bagi je ape die nak,
and telefon ambulans immediately when its happen.
but if its happen again, i cant do anything, just can hugging her, tepuk2 die and pggil name die.

~Ya allah, kuat kan diri ku, semoga anak aku tiada ape2 di mase depan, 
im so scare if its happen again, DR said want admit hospital & scan her brain.
im just can pray, hope nothing will happen.amin!




November 13, 2013

kecewa dgn panel !!!


salam,
just nak kongsi cerita..
smlm aku pegi interbiew utk position SDO 227
"sport develop officer" kt msn melaka.
position diploma jer, tapi panel 5 org termasuk datuk(exco negeri lagi)
yang pegi interview PTD pon panel 2 jer.
xsuke..xsuke..xsuke
tapi nak bgtaw bahawa kecewa dgn pengurusan masa
mereka yang tidak menepati masa.
bygkan patut pukul 9 start interview, tgu datuk A tu
sampai kul 11, sabor je la.
yang calonnya xramai tapi habis interview kul4.
sedih kan...mase interview plak mmg la boleh jawab tapi
aku dpt rase yang dieorg da ade calon, just sje nak nuat interview sbb
wajib buat kan, sakit hati sgt! itulah mereka kalau da punye pngkat & darjat.
sanggup buat, org lain ttgu2 kan dia, ingat org lain xde keje lain ke..


notakaki : jangan buat orang sakit hati, berdosa!

October 31, 2013

baskin robbins day



           


today is 31st.
hoyeh!!!hoyeh!!
hari ini adalah hari last dalam bulan oktober
so marilah,
lita beramai2 makan aiskrim baskin robbin.
abah, jom bawa kita gi makan eskrim..


notakaki: anak-anak ibu mesti awak berdua sangat suke =)




October 30, 2013

bersabarlah..


salam,
hari ini post nya agak sensetif.
setiap hari yang kita tempuh ada suka ade duka,
begitu juga aku, kadang2 dalam rumah tangga
mesti ada yang tersalah fahamlah, atau itu ini..
jika aku dalam keadaan begitu,
aku akan cuba tidak mendesak..
malah cuba biar kan sahaja keadaan reda terlebih dahulu..
ini kerana jika di tuangkan minyak dalam api nanti lebih marak.
jadi biarkan berlalu dulu dengan tenang,
walau di hati mu bergelora api kemarahan.
wahai isteri cubalah bersabar.



ketahuilah, bahawa jika bergaduh dengan suami
dan tidur dalam keadaan marah dan berdendam..
malaikat tidak akan melindungi kita.
dan tanpa redha suami...Allah akan murka kepada kita.
bersabar lah wahai hati,
in i kerana setiap dugaan dan ujian adalah kerana tuhan
menyayangi kita.
dan supaya kita memohon pertolongannya kepadanya.



dan jangan lah kita lupa bahawa suami itu
sahabat kita yang paling rapat dengan kita
sepanjang hayat kita yanglebih mengetahui
segalanaya tentang diri kita.
maka bersabarlah dengan segala ujian dari nya.
walaupun marah, janganlah sampai mengherdik & mencaci.
cukuplah lah sekadar diam untuk keadaan reda, dan sebaik reda..
berbincanglah utk penyelesaian..
semoga menjadi pedoman utk diriku juga.amin!



notakaki : diri ini tidak pernah sempurna tapi aku sangat
cuba berusaha utk jadi anak, ibu, isteri yang baik.







October 29, 2013

gelagat anak

salam,
begitu pantas masa berlalu dalam xsedar anakku
hampir 2 tahun beberapa bulan lagi, si kecik pula hampir 1 tahun.
ya allah, aku bersyukur dengan segala nikmat yang kau berikan...
alhamdulilah, kami bercadang nak celebrate, birthday kami ber3 tahun depan.
yeaay, syg nak kek 3 tingkat.

remember,
3,4, & 11 january...

si abang suke kacau adik,haha!

bila time keluar, agak susah nak handle but happy!

reaksi anak melihat bapanye berfikir, tembus dinding


peneman shopping yang havoc berjalan jer, xreti dok diam.

kami anak askar!haha, si jantung hati saya.


notakaki : semoga kebahagian ini berkekalan.amin!

October 04, 2013

convocation of university malaya

salam,
hari yang di nanti telah tibe 2 oktober 2013 telah menjadi kenangan,
hanya tinggal memori selama 3 tahun telah berlalu di UNIVERSITY MALAYA.
itu lah pengalaman pertama berpisah dengan keluarga tersayang.

kami bertolak dari melaka awal pagi pada hari tersebut,
siap sempat singgah di putrajaya untuk rest dan 
tukar baju before go to the event.
kul 12.30  aku bertolak ke UM,
sampai je kompom2 la jammed kan,
then aku kesian kt mak aku kene jalan jauh utk ke dewan DTC.
aku rase cam nak marah je guard tu, sbb die xbagi kiteorg lalu smpai kt area dtc tu.
siap tutup lagi, xsampai 5 minit sedang kami mendaki ke dtc.
perggghh, boleh guard tu bukak jalan tu..sabor je la kan!!!

sampai2 je kat dtc tu aku da ternampak classmate aku Khong, Amir, & Lah!
cepat2 aku suh depa ajar aku pakai jubah yang paling hot tu.haha!seb bek amir ade bawak pin lebih,
sbb aku xsmpat nak tgk tutorial jubah tu. 
lupe anak2 aku xikut turun sama aku g dgn mak, ayah aku je.
anak2 aku akak aku yang jaga dengan adik aku.

bila da siap2 pkai kiteorg pon berkumpul kt dalam khemah ber air cond tu rmai2 ikut course.
baru lah nampak muke2 orang lain, waaaah rindu kan kat kawan2 yang lama x jumpa tu!
aku jumpa amy, rindu kat mek nih, sory sgt xsempat g wedding kau.
ina pon miss jugak, lain2 aku jumpa goh, acap, nan, & the junior kami!

bila da masuk dewan tu sume nak tgk mane mak & ayah dok mane,
sume sibuk tpon parent kan!haha, paling xle blah, nampak je cameraman mesti bdk2 ni nak jerit suh amik gmbr dieorang hahaha!paling havok haruslah bdk2 kami!budak sport!!
kalo nak di bandaingkan dgn  fac lain pendidikan dan perubatan.

sedang tgk2 orang amik scroll tu mst la berdebar2 tgu turn,
tibe mase amik, huaaaaa aku xtahu sma ada aku tunduk x time die org amik pic tu.
tapi paling best, dapat bear comel dari staff pusat sukan.sweet sgt, padahal org len n fac lain xdpt pon!!
last of the event, perggh hujan...ini mmg hujan rahmat lah ! tp aku xtaw knp asik hujan je time aku kahwin n konvo jugak. bukan nakm marah tp just x dpt la nak dok lama amik gambar bagai kan.
pas je selesai terus kua cari mak n ayah..xde pon amik2 gmbr, sbb hujan lagi 1 dalam keadaan 
mak aku yg xberapa sihat tu.kiteorg trus balik..xpe insyallah tgu suami aku balik nanti \
baru nak pergi amik gambar same2 kat studio 1 family.

teaser malam sebelum,
amin!! hope ilham will goes to UM

spontan xjadi
ini tangga namanya 

ina&junior

kami!
semapat posing kt tepi DTC je!

anak dara sekejap
with mom, boleh lagi posing kt R&R
magik! 2 anak dah rupenya..hehe

the only mine <3

September 23, 2013

ECZEMA

Di suatu pagi,
IBU, gatal...dok mengaru aje si kecik ni.
kenapa ni asyik mengaru jer ilham nih,
ingat kan da okey kulit die pas boh krim semalam,
baru teringat bile anak kita kene gatal2 cam ni, mmg susah sembuh.
just some time ia reda, but parut cam kulit kering still ade, yup he had this from 6month lagi.
aduh anak ku ade simptom2 ekzema ni! sambil tangan ni dok bubuh kan krim hydrocrotion. sepupu ilham pon ade kene cam ni jugak, bayangkan lah sampai umur dekat 10 tahun pun still bergantung kat  krim tu utk bagi reda dari gatal2 nih, macam2 krim aku tgk..mandian, losyen, ubat jangan cita la punya banyak.

Apa itu ekzema?

Eczema (from Greekἔκζεμα ēkzema, "to boil over") also known as atopic dermatitis[1] is a form of chronic inflammation of the skin.[2]
Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 




klik here for futher

September 19, 2013

toilet train

DUMEX
how to teach baby to learn pee without drypers.

question : 
Hi, I start porty train my son (2 years old) 2 months ago. He is now able to tell me when he wants to pee & po. Sometimes he cant wait till I remove his panties and pants and then he leak out. Some elderly told me not to let him wear panties. Can I let him wear panties? How to make him wait till I remove his pants then he pee?

answer : 
Your son is already doing well being able to tell you when he wants to go to the toilet. To answer your questions:
• Experts find it is best to put children straight into underwear or washable cloth training pants, both of 
which allow your son to feel immediately when he's wet. 

• Dress your son in loose-fitting clothes so that you or he can easily take off or buy underpants a size bigger. Do not overreact when he has an accident.

• Be consistent. Let him wear his underpants and have dry practice runs.

• Be patient. Give him time. He should be able to get over this.



aktiviti ini amat memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, ini adalah kerana anak anda bakal membuang air kecil/ besar dimane2 tanpa sempat nak bagitahu anda.

p/s : atas pengalaman sendiri, anak saya slalu cakap yang die nak "yak" padahal die nak kencing je dan lebih sadis die telah mengencingkan ayahnya sendiri ketika sedang tidur =p





September 10, 2013

after being a mother

salam,
entri hari ini adalah berkenaan anak dan diri sendiri~
tahukah anda bile da jadi mummy baru kita tahu bahawa susahnya mak kita bersalin kan kita, menjaga kita, serta sangat menyayangi kita walaupon masa remaja dulu selalu memberontak bile kene marah dan dengar bebelan mak. sekarang baru aku sedar bahawa sume yang berlaku dulu, ada hikmahnya~
ye setelah jadi MUMMY nih baru aku sedar yang aku, 
yang aku..


1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!



# rasa cam pelik tapi tu lah realitinya.



September 09, 2013

perancang keluarga

kepentingan perancang keluarga

terutamanya untuk ibu2 muda belia dan supaya tak terberanak rapat sepertiku
setahun 1 baby memang pengalaman yang best plus memenatkan. dari pengalaman aku, for the first year bersalin mmg aku xamik port pasal perancang keluarga terutamanya kami duduk jauh dan tak serumah at that time.huh tambahan pulak time tu ngah bz and pecah kepala about research thing and many more. mase tu aku stress sgt buat thesis tu sampai xsempat nak fikirkan pasal benda lain dalam hidup nih. hasilnya bila aku siap buat thesis and jawab final exam for last semester, huh i got positive sign, huarrrgggh pregnant lagi!!gila kau anak kau baru 5 bulan, and then kau blh pregnant lagi..MASYAallah, walaupon sedikit terkejut dan kecewa akibat termengandung, aku bersyukur bahawa tuhan masih beri aku rezeki yang ramai mahukan, bersyukur itu yang patut aku ucapkan dalam hati ini. ini kerana beribu orang ingin mempunyai anak xdpat2, ini kan pula aku yang mengandung dan bersuami, bak kate husben aku, tiap anak itu adalah rezeki!

setelah bersalin anak yang kedua, aku pon mangambil pendekatan untuk membuat approach kat klinik berdekatan untuk mendapatkan perancang keluarga yang sesuai, setelah diberi nasihat dan citer2 dari nurse2 tu sendiri, aku memilih untuk mendapatkan injection. this type of family planning need to be taken every 3 month, so now im done for injection then the result is OKEY!tapi yang korang kene tahu bahawa setiap injection ni berbeza kesan nya terhadap diri masing2, kalau macam aku, setelah amik injection tu..aku xperiod2 selama 3 bulan, waaaah best kan!tapi ade oarang plak 3 bulan tu la die period jer..so sume ni bergantung kepada HORMON dalam badan kita sendiri jugak.
so kat bawah ni, ada list jenis2 perancang keluarga, yang boleh kita amik dan terpaksa amik tahu.


  • Kaedah Pil Perancang (Oral Contraceptives)
    • Efektif dan 'reversible'
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Membantu mengelakkan sesetengah penyakit kanser, anemia, senggugut semasa haid, kitar haid yang tidak teratur dan lain-lain lagi
    • Jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius
    • Kaedah ini bergantung pada keadaan kesihatan wanita pada masa itu
    • Sesetengah wanita mengalami kesan sampingan terutama pada bulan-bulan permulaan pengambilan pil perancang. Kesan-kesan sampingan ini adalah seperti sakit kepala, pendarahan yang tidak teratur semasa haid atau murung, tetapi semua ini tidak berbahaya.
  • Kaedah IUD (Intrauterine Device) / Penggunaan Alat Dalam Rahim
    • Merupakan sejenis alat yang dicipta khas untuk dimasukkan ke dalam rahim wanita oleh doktor yang telah menjalani latihan khusus sahaja
    • Efektif, 'reversible' dan untuk jangka masa yang panjang
    • Tidak akan menggangu penyusuan (breastfeeding)
    • Mungkin menyebabkan pendarahan yang lebih dan lebih lama semasa haid, terutama sekali pada bulan bulan permulaan penggunaan IUD
    • Boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila alat IUD dimasukkan ke dalam rahim
    • Boleh menyebabkan 'pelvic infection' jika pengguna mendapat penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Jarang menyebabkan komplikasi yang serius
    • Alat mungkin akan terkeluar terutamanya pada bulan pertama penggunaan alat. Pengguna dinasihatkan menyemak tali pada alat rahim.
  • Kaedah Suntikan Kontraseptif (Injectable Contraceptive)
    • Melibatkan suntikan setiap 2-3 bulan
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Selamat untuk digunakan oleh wanita yang menyusu pada permulaan 6 bulan selepas melahir
    • Mengganggu kitar haid dan pendarahan tidak menentu. Biasanya, wanita tidak mengalami haid selepas satu tahun.
    • Mungkin menyebabkan peningkatan berat badan dan sakit kepala
    • Tidak boleh dikeluarkan atau dihilangkan. Kesan-kesan sampingan akan berterusan apabila telah mengambil suntikan
    • Wanita yang telah mengambil suntikan ini memerlukan kira-kira 4 bulan lebih untuk mendapat kehamilan.
  • Kaedah 'Spermicide', 'Diaphragm' dan 'Vaginal Cap'
    • Adalah efektif jika digunakan dengan betul
    • Membantu mengelakkan penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Mesti diletakkan di dalam vagina ketika melakukan persetubuhan
    • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan pada saluran kencing
  • Kaedah Implan (Single Rod Contraceptive Implant)
    • Saiz seperti batang mancis
    • Alat ini dimasukkan di bawah kulit lengan bahagian atas
    • Efektif sehingga 3 tahun
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Persenyawaan akan berlaku dengan mudah selepas alat ini dikeluarkan
    • Membantu mengelakkan penyakit anemia dan dysmenorrhea
    • Kaedah ini hanya boleh dimasukkan atau dikeluarkan oleh doktor yang terlatih
    • Mengganggu kitar haid atau pendarahan yang tidak menentu
  • Kaedah Pil Progrestin
    • Sangat sesuai untuk wanita yang menyusu dan 6 bulan selepas melahir
    • Boleh digunakan semasa kecemasan selepas persetubuhan yang tidak dilindung
    • Jika digunakan selain dari masa menyusu, pendarahan yang tidak menentu akan berlaku 


* semua ini ada kesan sampingan terhadap hormon ttapi kita harus berjumpa DR. utk tahu mane yang terbaik untuk kita. sebagai perempuan kita harus lindungi diri kita, dengan ini supaya kita xterlalu penat melayan anak2 serta suami nanti, tambahan pula bila kite bekerja.

September 05, 2013

publishing


holla~

today was the first time publish my blog to public
before this i always think how the blogger generate their 
own money just with bloggin with nuffnang
now i know it, but still study about that. 
haha, im so passionate with that $$$
im not really want to expose my daily life in this blog
but i just to remind myself about my past day and 
something that i can comfirm im not kind of show off people.
im just the ordinary people in my daily life.
im not the diva in fashion but maybe sahring little thing about that,
im not so sporty coz when having a 2 babies like not really into it.
im also not photographer becoz dont have enought time to explore it

#feel free to visit my blog to follow


August 30, 2013

unexpected

salam,
tajuk hari ini berkenaan sesuatu yang tidak ku jangka,
sedih tu je yang boleh kate.

dari kecik aku impikan ingin mencapai sesuatu kejayaan seperti
dalam gambar kat setiap umah  orang yang berjaya dan pamer kt dinding umah mereka.
hahaha..mmg cam kelaka tp tu jugak antara inspirasi yang menaik kan semangat kita untuk
dapat mencapai kejayaan seperti mereka.

ketika aku hampir dengan kenangan dan kejayan itu,
aku dikejutkan dengan berita SUAMI ku xdapat mengahadiri ceremony aku
hahha..kejam sungguh kerana setelah berhembas pulas untuk mendapatkan segulung ijazah
orang yang paling ku sayang dan penting dalam hidup ni
tidak dapat bersamaku.

nasib baik kan aku masih punya keluarga
yeeay mereka akan bersamaku untuk mengahadiri majlis itu.
inginku rakam kan saat indah dalam hidupku ini bersama keluarga tercinta.
dan aku masih beruntung kerana mempunyai anak-anak yang bakal temaniku.
hoyeh. yang pastinya hari itu bakal memenatkan aku jugak.

buat suamiku,
nampaknya aku harus menyambung pengajian ku ke perignkat master pula untuk
mendapatkan memori bersamanya nanti
lagi untung jika
kalau dapat kerja then sambung master!
nak buat master kat korea or ausie.
berusaha - sabar - tawakal - untuk berjaya.

last senior life
sport science
university malaya





August 21, 2013

convo






hari yang dinanti bakal tiba
 2 OKTOBER 2013 (rabu), saya bakal menerima skrol degree saya
.suke.suke.suke.

TAPI,
penin ni 1-2/10 nak cuti...b4 that 23 0r 26/9 nak cuti lagi,
dapat ke tidak.

#just quick update






August 19, 2013

updated



jyyyyeahh!!!
mesti ramai yang still moood beraya lagi kan?
sama la kite just, now boring in new opis, 
kat menara tm melaka mitc melaka.
just near my house but jauh la jugak dari umah mak kite.
yerrrr,sy sedang menghupdated blog
 ni sbb xde keje lagi 
sbb sume baru naik keje..

meh nak cita cikit about myself!
recently i just under going my on job training setelah berjaya 
merehatkan diri selama 1 tahun dirumah.
oleh kerana diri ini adalah UNDERGRADUATED yang xberjaya mendapatkan 
kerja yg best so sy pun mengapplykan diri utk join 
SL1M ,
ini bukan produk kuruskan badan yup,
ini adalah skim latihan 1 Malaysia untuk graduated yg lom kije
or xkeje2 lagi. setelah join program ni, feedback die okey la jugak sbb 
dpt elaun rm800.hehe sape xnak kan2!
then time ojt dpt la rm1000 jerrrr la kan.
im just trying sbb after ojt in 6month mybe ade peluang utk diserap kt dalam
TELEKOM malaysia berhad niy.mane taw rezeki anak2 ke kan.

okey, setelah mendapat cuti 2 minggu
time sebelum n mase raye
yeahh  sy puas da g beraya umahsedare, kwn2 n kwn2 asben kite,
anak2 lagi laa suke dpt duit raye.
samapai da pandai salam & da pandai pggil duwiittt!
haha, ilham..ilham..


perfect family of mine




si manis qaseh


si comei ilham with abah



April 14, 2013

happy birthday sayang

SALAM...2013!

pejam celik..pejam celik dah 2013, and almost dah nak setengah tahun dah.
sekali tgk,last post 2012 (okt).
lama sungguh tidak meluahkan mase & perasaan di sini.
bizy is suitable word to describe all things.

okeh..okeh..okeh
sebenarnya nak cite hari ini BIRTHday suami saya
tapi xdpt nak raikan bersama...coz he still in LAHAD DATU.
rindu sangat kat abah.(-_-)
ya ALLAH pelihara lah suami ku dari segala musibah,
sesunnguhnya aku &ank2 sgt memerlukannya.
tidak terdaya rasenya untuk diri ini untuk mengharungi 
hari2 yang mendatang seorang diri.

sayang,
cepatlah pulang ingin ku dakap dirimu erat2.


selamat hari lahir, sayang KAMU~