January 08, 2014

HIGHLIGHT OF 2013

BERSALIN
Pada awal 11 january 2013, aku telah selamat melahirkan my super kiut miut baby girl, alhamdulilah syukur sangat, yeay aku dah ade sepasang anak. lelaki & perempuan. so boleh da tutup buku 3 tahun +.
seram wei  bersalin setahun sorang, dah la czer. mapos aku kne ceramah free ngan nurse & dr. tapi  da rezeki nak dapat anak, bak kate laki aku. rezeki dr allah, jgn tolak. yer la tu kan, bukan die pon rase (-_-).


LAHAD DATU
Okeh pada bulan ni aku masih dalam pantang, memang penat sangat time ni. si adik nak nyusu, si abg lasak baru pandai jalan. kompom xreti dok diam kan..kan..xsempat nak habis pantang lagi, tiba-taba kecoh pasal rampasan kuasa kat sabah. dengan xrela hati nya terpaksa lah melepaskan suami aku pergi berperang.
tiap-tiap hari lah aku menonton berita, nasib baik time ni da habis belajar and xkerja lagi, blh la tengok berita kan. dalam hati masa tu, sangat takut..maklumlah tiap2 hari tengok berita orang mati, pastu dalam first 1 month xle contact langsung.mak oi! seram wei, dalam hati ni dok doa je semoga en husben xde ape2.

SL1M
masa ni husben saya baru je balik dalam 1/6/2013..lama kan, sabar je la.tapi alhamdulilah semua selamat. tak sampai seminggu dapat tawaran join sl1m program under TM. maka aku pon terima sementara xda keje, lagi pon dapat elaun, okey la jugak. yang lagi best training & ojt kat melaka sahaja, maka haruslah tidak ditolak dengan harapan dapatlah diserap ke dalam TM ni.

OJT (OGOS -FEBRUARY 2014)
selamat ber on -job-training kat menara telekom ni, ya allah berikan aku rezeki bekerja di sini walau bukan dapat position degree, spm pon aku terima seadaanya.

CONVOCATION
2 oktober 2013 aritu maka selamat lah berkonvo, suke bukan main eh time konvo tapi ape lah makna konvo tanpa suami di sisi. huaaa...apelah nasib diri ini, asik kene tinggal dengan suami. sabar & percaya tu je la yang aku pegang dari dulu. lagi 1, xde makna langsung degree ni kalau xmampu nak dapat kerja, betul bukan!


#selamat tinggal tahun 2013 semoga yang buruk di jadikan iktibar kepada diri, yang baik pula patut diteruskan.amin, muncullah 2014 yang lebih baik.