September 09, 2013

perancang keluarga

kepentingan perancang keluarga

terutamanya untuk ibu2 muda belia dan supaya tak terberanak rapat sepertiku
setahun 1 baby memang pengalaman yang best plus memenatkan. dari pengalaman aku, for the first year bersalin mmg aku xamik port pasal perancang keluarga terutamanya kami duduk jauh dan tak serumah at that time.huh tambahan pulak time tu ngah bz and pecah kepala about research thing and many more. mase tu aku stress sgt buat thesis tu sampai xsempat nak fikirkan pasal benda lain dalam hidup nih. hasilnya bila aku siap buat thesis and jawab final exam for last semester, huh i got positive sign, huarrrgggh pregnant lagi!!gila kau anak kau baru 5 bulan, and then kau blh pregnant lagi..MASYAallah, walaupon sedikit terkejut dan kecewa akibat termengandung, aku bersyukur bahawa tuhan masih beri aku rezeki yang ramai mahukan, bersyukur itu yang patut aku ucapkan dalam hati ini. ini kerana beribu orang ingin mempunyai anak xdpat2, ini kan pula aku yang mengandung dan bersuami, bak kate husben aku, tiap anak itu adalah rezeki!

setelah bersalin anak yang kedua, aku pon mangambil pendekatan untuk membuat approach kat klinik berdekatan untuk mendapatkan perancang keluarga yang sesuai, setelah diberi nasihat dan citer2 dari nurse2 tu sendiri, aku memilih untuk mendapatkan injection. this type of family planning need to be taken every 3 month, so now im done for injection then the result is OKEY!tapi yang korang kene tahu bahawa setiap injection ni berbeza kesan nya terhadap diri masing2, kalau macam aku, setelah amik injection tu..aku xperiod2 selama 3 bulan, waaaah best kan!tapi ade oarang plak 3 bulan tu la die period jer..so sume ni bergantung kepada HORMON dalam badan kita sendiri jugak.
so kat bawah ni, ada list jenis2 perancang keluarga, yang boleh kita amik dan terpaksa amik tahu.


  • Kaedah Pil Perancang (Oral Contraceptives)
    • Efektif dan 'reversible'
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Membantu mengelakkan sesetengah penyakit kanser, anemia, senggugut semasa haid, kitar haid yang tidak teratur dan lain-lain lagi
    • Jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius
    • Kaedah ini bergantung pada keadaan kesihatan wanita pada masa itu
    • Sesetengah wanita mengalami kesan sampingan terutama pada bulan-bulan permulaan pengambilan pil perancang. Kesan-kesan sampingan ini adalah seperti sakit kepala, pendarahan yang tidak teratur semasa haid atau murung, tetapi semua ini tidak berbahaya.
  • Kaedah IUD (Intrauterine Device) / Penggunaan Alat Dalam Rahim
    • Merupakan sejenis alat yang dicipta khas untuk dimasukkan ke dalam rahim wanita oleh doktor yang telah menjalani latihan khusus sahaja
    • Efektif, 'reversible' dan untuk jangka masa yang panjang
    • Tidak akan menggangu penyusuan (breastfeeding)
    • Mungkin menyebabkan pendarahan yang lebih dan lebih lama semasa haid, terutama sekali pada bulan bulan permulaan penggunaan IUD
    • Boleh menyebabkan ketidakselesaan apabila alat IUD dimasukkan ke dalam rahim
    • Boleh menyebabkan 'pelvic infection' jika pengguna mendapat penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Jarang menyebabkan komplikasi yang serius
    • Alat mungkin akan terkeluar terutamanya pada bulan pertama penggunaan alat. Pengguna dinasihatkan menyemak tali pada alat rahim.
  • Kaedah Suntikan Kontraseptif (Injectable Contraceptive)
    • Melibatkan suntikan setiap 2-3 bulan
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Selamat untuk digunakan oleh wanita yang menyusu pada permulaan 6 bulan selepas melahir
    • Mengganggu kitar haid dan pendarahan tidak menentu. Biasanya, wanita tidak mengalami haid selepas satu tahun.
    • Mungkin menyebabkan peningkatan berat badan dan sakit kepala
    • Tidak boleh dikeluarkan atau dihilangkan. Kesan-kesan sampingan akan berterusan apabila telah mengambil suntikan
    • Wanita yang telah mengambil suntikan ini memerlukan kira-kira 4 bulan lebih untuk mendapat kehamilan.
  • Kaedah 'Spermicide', 'Diaphragm' dan 'Vaginal Cap'
    • Adalah efektif jika digunakan dengan betul
    • Membantu mengelakkan penyakit kelamin (Sexually Transmitted Disease, STD)
    • Mesti diletakkan di dalam vagina ketika melakukan persetubuhan
    • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan pada saluran kencing
  • Kaedah Implan (Single Rod Contraceptive Implant)
    • Saiz seperti batang mancis
    • Alat ini dimasukkan di bawah kulit lengan bahagian atas
    • Efektif sehingga 3 tahun
    • Boleh digunakan oleh seseorang wanita tanpa mengira umur atau sama ada seseorang wanita itu telah ada atau belum mempunyai anak
    • Persenyawaan akan berlaku dengan mudah selepas alat ini dikeluarkan
    • Membantu mengelakkan penyakit anemia dan dysmenorrhea
    • Kaedah ini hanya boleh dimasukkan atau dikeluarkan oleh doktor yang terlatih
    • Mengganggu kitar haid atau pendarahan yang tidak menentu
  • Kaedah Pil Progrestin
    • Sangat sesuai untuk wanita yang menyusu dan 6 bulan selepas melahir
    • Boleh digunakan semasa kecemasan selepas persetubuhan yang tidak dilindung
    • Jika digunakan selain dari masa menyusu, pendarahan yang tidak menentu akan berlaku 


* semua ini ada kesan sampingan terhadap hormon ttapi kita harus berjumpa DR. utk tahu mane yang terbaik untuk kita. sebagai perempuan kita harus lindungi diri kita, dengan ini supaya kita xterlalu penat melayan anak2 serta suami nanti, tambahan pula bila kite bekerja.

No comments:

Post a Comment